Constitution of Brunei Darussalam 1959, as amended to 2006
Jurisdiction and Access
  • English
    (1) The remedy of judicial review is and shall not be available in Brunei Darussalam.
    (2) For the avoidance of doubt, there is and shall be no judicial review in any court of any act, decision, grant, revocation or suspension, or refusal or omission to do so, any exercise of or refusal or omission to exercise any power, authority or discretion by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan, or any party acting on his behalf or under his authority or in the performance of any public function, under the provisions of this Constitution or any written law or otherwise, including any question relating to compliance with any procedural requirement governing such act or decision.
    (3) In this Article, “judicial review” means proceedings instituted by any manner whatsoever including, but not limited to, proceedings by way of —

    (d) any other suit or action relating to or arising out of any act, decision, grant, revocation or suspension, or refusal or omission to do so, any exercise of or refusal or omission to exercise any power, authority or discretion conferred on His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan, or any party acting on his behalf or under his authority or in the performance of any public function, under the provisions of this Constitution or any written law or otherwise.
    (4) Save as provided in this Constitution, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan shall not be required to assign any reason for any act, decision, grant, revocation or suspension, or refusal or omission to do so, any exercise of or refusal or omission to exercise any power, authority or discretion under the provisions of this Constitution or any written law or otherwise. (Sec. 84C)
  • Malay
    (1) Remedi bagi kajian semula kehakiman tiada dan tidak boleh didapati di Negara Brunei Darussalam.
    (2) Bagi mengelakkan kewahaman, kajian semula kehakiman tiada dan tidak boleh diadakan di dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa perbuatan, keputusan, pemberian, pembatalan atau penggantungan, atau keengganan atau peninggalan daripada berbuat demikian, sebarang perjalanan atau keengganan atau peninggalan daripada menjalankan sebarang kuasa, autoriti atau budibicara oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, atau mana-mana pihak yang bertindak bagi pihak Baginda atau dengan titah perkenan Baginda atau dalam melaksanakan sebarang tugas awam, di bawah peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini atau sebarang undang-undang bertulis atau pun selainnya, termasuk apa jua perkara yang berhubung dengan pematuhan sebarang kehendak prosedur yang mengawal perbuatan atau keputusan tersebut.
    (3) Dalam Perkara ini, “kajian semula kehakiman” bermakna perbicaraan yang dimulakan dengan apa jua cara pun termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perbicaraan dengan cara —

    (d) mana-mana guaman atau tindakan lain berhubung dengan atau berbangkit dari apa-apa perbuatan, keputusan, pemberian, pembatalan atau penggantungan, atau keengganan atau peninggalan daripada berbuat demikian, sebarang perjalanan atau keengganan atau peninggalan daripada menjalankan sebarang kuasa, autoriti atau budibicara yang diberikan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, atau mana-mana pihak yang bertindak bagi pihak Baginda atau dengan titah perkenan Baginda atau dalam melaksanakan sebarang tugas awam, di bawah peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini atau sebarang undang-undang bertulis atau pun selainnya.
    (4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan tidak boleh dikehendaki untuk memberi sebarang alasan kerana apa-apa perbuatan, keputusan, pemberian, pembatalan atau penggantungan,atau keengganan atau peninggalan daripada berbuat demikian, sebarang perjalanan atau keengganan atau peninggalan daripada menjalankan sebarang kuasa, autoriti atau budibicara di bawah peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini atau sebarang undang-undang bertulis atau pun selainnya. (Sec. 84C)
Jurisdiction and Access
  • English
    (1) His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan may refer any question involving, arising from, relating to, or in connection with, the meaning, interpretation, purpose, construction, ambit or effect of any of the provisions of this Constitution to the Interpretation Tribunal established in accordance with Clause (7) for its determination.
    (2) When any such question arises in any legal proceedings before any court, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan may direct that court to refer such question to the Interpretation Tribunal or that court shall refer such question to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan, with a submission that His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan should refer that question to the Interpretation Tribunal, and upon receiving such reference His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan may refer such question to the Interpretation Tribunal:
    Provided that the court shall not refer such question which has already been decided by the Interpretation Tribunal.
    (3) If His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan does not refer such question to the Interpretation Tribunal, he shall cause the court by whom the reference thereof was made to be so informed, and the court shall thereupon proceed with the determination of the legal proceedings before it.
    … (Sec. 86)
  • Malay
    (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh merujukkan apa jua perkara yang melibatkan, berbangkit dari, berkenaan dengan, atau berhubung dengan, makna, tafsiran, tujuan, pengertian, bidang atau kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini kepada Tribunal Tafsiran yang ditubuhkan menurut Fasal (7) untuk diputuskan olehnya.
    (2) Apabila sebarang perkara sedemikian timbul dalam mana-mana perbicaraan undang-undang di hadapan mana-mana mahkamah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh mengarahkan supaya mahkamah itu merujukkan perkara tersebut kepada Tribunal Tafsiran atau mahkamah itu hendaklah merujukkan perkara tersebut ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, dengan suatu penghujahan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan hendaklah merujukkan perkara tersebut kepada Tribunal Tafsiran, dan setelah menerima rujukan tersebut Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh merujukkan perkara itu kepada Tribunal Tafsiran:
    Dengan syarat bahawa mahkamah itu tidak boleh merujukkan perkara tersebut kepada Tribunal Tafsiran, sekiranya perkara tersebut telah pun diputuskan oleh Tribunal Tafsiran.
    (3) Jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan tidak merujukkan perkara tersebut kepada Tribunal Tafsiran, maka Baginda hendaklah menyebabkan mahkamah yang membuat rujukan mengenai perkara tersebut diberitahu, dan mahkamah itu hendaklah meneruskan perbicaraan di hadapannya.
    … (Sec. 86)
1

Constitution of Brunei Darussalam 1959, as amended to 2006 (English). According to Sec. 82(1): "The official language of Brunei Darussalam shall be the Malay language."

Links to all sites last visited 6 February 2024