SEARCH DATABASE
The Global Gender Equality Constitutional Database is a repository of gender equality related provisions in 194 constitutions from around the world. The Database was updated in partnership with the International Bar Association's Human Rights Institute (IBAHRI) and with support from the Swedish International Development Agency (SIDA) and the Government of Japan. Experience its wealth and depth of information by starting your search now.
ABOUT 85 RESULTS
Citizenship and Nationality
Malaysia
- English(1) Any citizen of or over the age of twenty-one years and of sound mind who is also or is about to become a citizen of another country may renounce his citizenship of the Federation by declaration registered by the Federal Government, and shall thereupon cease to be a citizen.
(2) A declaration made under this Article during any war in which the Federation is engaged shall not be registered except with the approval of the Federal Government.
(3) This Article applies to a woman under the age of twenty-one years who has been married as it applies to a person of or over that age. (Art. 23) - Malay(1) Mana-mana warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih dan yang sempurna akal yang juga ialah seorang warganegara negara lain atau yang hampir menjadi seorang warganegara negara lain boleh melepaskan kewarganegaraannya bagi Persekutuan melalui akuan yang didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan, dan hendaklah sesudah itu terhenti menjadi warganegara.
(2) Akuan yang dibuat di bawah Perkara ini dalam masa apa-apa peperangan yang dalamnya Persekutuan terlibat tidaklah boleh didaftarkan kecuali dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan.
(3) Perkara ini terpakai bagi seseorang perempuan yang di bawah umur dua puluh satu tahun yang telah berkahwin sebagaimana Perkara ini terpakai bagi seseorang yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih. (Perkara 23)
Citizenship and Nationality
Malaysia
- English…
(3) Where a woman is under this Article to be treated as a citizen by registration, and the status in consequence of which she is to be so treated was acquired by her by virtue of marriage, then for purposes of Clause (4) of Article 24 and Clause (2) of Article 26 she shall be treated as a citizen by registration under Clause (1) of Article 15.
… (Art. 28A) - Malay…
(3) Jika di bawah Perkara ini seseorang perempuan hendaklah dikira sebagai warganegara melalui pendaftaran, dan taraf yang berikutan dengannya dia hendaklah dikira sedemikian telah diperolehnya oleh sebab perkahwinan, maka bagi maksud Fasal (4) Perkara 24 dan Fasal (2) Perkara 26 dia hendaklah dikira sebagai warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15.
… (Perkara 28A)
Citizenship and Nationality
Malaysia
- English(1) Subject to Clause (9), the Federal Government may, upon application made by any person of or over the age of twenty-one years who is not a citizen, grant a certificate of naturalization to that person if satisfied—
(a) that—
(i) he has resided in the Federation for the required periods and intends, if the certificate is granted, to do so permanently;
(ii) (repealed);
(b) that he is of good character; and
(c) that he has an adequate knowledge of the Malay language.
… (Art. 19) - Malay(1) Tertakluk kepada Fasal (9), apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh memberi orang itu suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati—
(a) bahawa—
(i) dia telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap jika diberi perakuan itu;
(ii) (Dimansuhkan);
(b) bahawa dia berkelakuan baik; dan
(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.
… (Perkara 19)
Education
Malaysia
- English…
13. Education, including—
(a) elementary, secondary, and university education; vocational and technical education;...
… (Ninth Schedule , Legislative Lists, List I—Federal List, [Articles 74, 77]) - Malay…
13. Pendidikan, termasuk—
(a) Pendidikan rendah, menengah dan universiti; pendidikan vokasional dan teknik; …
... (Jadual Kesembilan , Senarai Perundangan, Senarai I—Senarai Persekutuan, [Perkara 74, 77])
Education
Malaysia
- English(1) Without prejudice to the generality of Article 8, there shall be no discrimination against any citizen on the grounds only of religion, race, descent or place of birth—
(a) in the administration of any educational institution maintained by a public authority, and, in particular, the admission of pupils or students or the payment of fees; or
(b) in providing out of the funds of a public authority financial aid for the maintenance or education of pupils or students in any educational institution (whether or not maintained by a public authority and whether within or outside the Federation).
… (Art. 12) - Malay(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).
… (Perkara 12)
Employment Rights and Protection
Malaysia
- English...
15. Labour and social security, including—
(a) trade unions; industrial and labour disputes; welfare of labour including housing of labourers by employers; employer’s liability and workmen’s compensation;
… (Ninth Schedule, Legislative Lists, List I—Federal List, [Articles 74, 77]) - Malay...
15. Buruh dan keselamatan sosial, termasuk—
(a) Kesatuan sekerja; pertikaian perindustrian dan buruh; kebajikan buruh termasuk mengadakan rumah bagi buruh oleh majikan; liabiliti majikan dan pampasan pekerja;
... (Jadual Kesembilan, Senarai Perundangan Senarai I—Senarai Persekutuan, [Perkara 74, 77])
Employment Rights and Protection
Malaysia
- English…
(2) Except as expressly authorized by this Constitution, there shall be no discrimination against citizens on the ground only of religion, race, descent, place of birth or gender in any law or in the appointment to any office or employment under a public authority or in the administration of any law relating to the acquisition, holding or disposition of property or the establishing or carrying on of any trade, business, profession, vocation or employment.
… (Art. 8) - Malay…
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
… (Perkara 8)
Equality and Non-Discrimination
Malaysia
- English(1) All persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law.
(2) Except as expressly authorized by this Constitution, there shall be no discrimination against citizens on the ground only of religion, race, descent, place of birth or gender in any law or in the appointment to any office or employment under a public authority or in the administration of any law relating to the acquisition, holding or disposition of property or the establishing or carrying on of any trade, business, profession, vocation or employment.
(3) There shall be no discrimination in favour of any person on the ground that he is a subject of the Ruler of any State.
(4) No public authority shall discriminate against any person on the ground that he is resident or carrying on business in any part of the Federation outside the jurisdiction of the authority.
(5) This Article does not invalidate or prohibit—
(a) any provision regulating personal law;
(b) any provision or practice restricting office or employment connected with the affairs of any religion, or of an institution managed by a group professing any religion, to persons professing that religion;
(c) any provision for the protection, well-being or advancement of the aboriginal peoples of the Malay Peninsula (including the reservation of land) or the reservation to aborigines of a reasonable proportion of suitable positions in the public service;
(d) any provision prescribing residence in a State or part of a State as a qualification for election or appointment to any authority having jurisdiction only in that State or part, or for voting in such an election;
(e) any provision of a Constitution of a State, being or corresponding to a provision in force immediately before Merdeka Day;
(f) any provision restricting enlistment in the Malay Regiment to Malays. (Art. 8) - Malay(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
(3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.
(4) Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.
(5) Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang—
(a) apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri;
(b) apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh sekumpulan orang yang menganuti mana-mana agama, kepada orang yang menganuti agama itu;
(c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam;
(d) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau di sebahagian sesuatu Negeri sebagai suatu kelayakan bagi pemilihan atau pelantikan kepada mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja, atau bagi pengundian dalam pemilihan itu;
(e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang adalah atau yang bersamaan dengan suatu peruntukan yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka;
(f) apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu. (Perkara 8)
Equality and Non-Discrimination
Malaysia
- English…
words importing the masculine gender include females. (Eleventh Schedule, 2(94)) - Malay…
perkataan yang membawa maksud jantina lelaki termasuklah perempuan. (Jadual Kesebelas, Perkara 2(94))
Indigenous Peoples
Malaysia
- English...
13. Native law and custom, including the personal law relating to marriage, divorce, guardianship, maintenance, adoption, legitimacy, family law, gifts or succession, testate or intestate; registration of adoptions under native law or custom; the determination of matters of native law or custom; the constitution, organization, and procedure of native courts (including the right of audience in such courts), and the jurisdiction and powers of such courts, which shall extend only to the matters included in this paragraph and shall not include jurisdiction in respect of offences except in so far as conferred by federal law.
… (Ninth Schedule, List IIA—Supplement to State List for States of Sabah and Sarawak, [Article 95B(1)(a)]) - Malay...
13. Undang-undang dan adat anak negeri, termasuk undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat; pendaftaran pengangkatan di bawah undang-undang atau adat anak negeri; penentuan perkara perkara mengenai undang-undang atau adat anak negeri; keanggotaan, susunan, dan tatacara mahkamah anak negeri (termasuk hak untuk didengar di dalam mahkamah itu), dan bidang kuasa dan kuasa mahkamah itu, yang hendaklah meliputi hanya perkara yang termasuk dalam perenggan ini sahaja dan tidaklah termasuk bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan.
… (Jadual Kesembilan, Senarai IIA—Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak, [Perkara 95B(1)(a)])