SEARCH DATABASE
The Global Gender Equality Constitutional Database is a repository of gender equality related provisions in 194 constitutions from around the world. The Database was updated in partnership with the International Bar Association's Human Rights Institute (IBAHRI) and with support from the Swedish International Development Agency (SIDA) and the Government of Japan. Experience its wealth and depth of information by starting your search now.
ABOUT 20 RESULTS
Citizenship and Nationality
Brunei Darussalam
- English…
“citizen of Brunei Darussalam” means a subject of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan by virtue of the provisions of any written law relating to nationality;
… (Sec. 2) - Malay…
“warganegara Negara Brunei Darussalam” bermakna rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan menurut peruntukan-peruntukan sebarang undang-undang bertulis berkenaan dengan kerakyatan;
… (Sec. 2)
Limitations and/or Derogations
Brunei Darussalam
- English...
(3) When a Proclamation of Emergency has been made and so long as such Proclamation is in force, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan may make any Orders whatsoever which he considers desirable in the public interest; ...
(4) Without prejudice to the generality of Clause (3), such Orders may be made with regard to any matters coming within the classes of subject hereinafter enumerated, that is to say—
(a) censorship, the control and suppression of publications, writings, maps, plans, photographs, communications and means of communication;
(b) arrest, detention, exclusion and deportation;
(c) control of the harbours, ports and territorial waters of Brunei Darussalam, and of the movements of vessels;
(d) transportation by land, air or water and the control of the transport and movement of persons, animals and things;
(e) trading, storage, exportation, importation, production and manufacture;
(f) supply and distribution of food, water, fuel, light and other necessities;
(g) appropriation, control, forfeiture and disposition of property and the use thereof;
(h) conferring powers on public officers and others;
(i) requiring persons to do work or render services;
(j) constituting a special police force;
(k) formation of tribunals and other bodies for the purpose of deciding any matters specified in any such Orders;
(l) modification, amendment, supersession or suspension of all or any of the provisions of any written law;
(m) entry into, and search of, premises or other places, and search and interrogation of persons;
(n) prescribing fees or other payments; and
(o) control, exploitation, use, disposition, appropriation or deployment of any natural resources. (Sec. 83) - Malay...
(3) Apabila suatu Pemasyhuran Darurat telah dibuat dan selagi Pemasyhuran tersebut berkuatkuasa, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh membuat apa jua Perintah pun yang Baginda fikirkan dikehendaki bagi kepentingan orang ramai; dan boleh menetapkan hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kerana sebarang kesalahan terhadap mana-mana Perintah tersebut; dan boleh membuat peruntukan bagi perbicaraan orang-orang yang dituduh melakukan kesalahan-kesalahan tersebut oleh mana-mana mahkamah.
(4) Tanpa menjejaskan keluasan makna Fasal (3), Perintah-Perintah sedemikian boleh dibuat berhubung dengan sebarang perkara yang termasuk dalam jenis-jenis perkara yang disebutkan satu persatu selepas ini, iaitu —
(a) penapisan, kawalan dan penahanan penerbitan-penerbitan, tulisan-tulisan, peta-peta, pelan-pelan, gambar-gambar, perhubungan-perhubungan dan alat-alat perhubungan;
(b) penangkapan, penahanan, tegahan dari memasuki negeri dan pembuangan negeri;
(c) kawalan ke atas pelabuhan-pelabuhan dan perairan wilayah Negara Brunei Darussalam dan ke atas pergerakan kapal-kapal;
(d) pengangkutan dengan jalan darat, udara atau air dan kawalan pengangkutan dan pergerakan orang-orang, binatang-binatang dan barang-barang;
(e) perdagangan, penyimpanan, pengeksportan, pengimportan, pengeluaran dan pengilangan;
(f) pembekalan dan pembahagian makanan, air, bahan bakar, api dan keperluan-keperluan lain;
(g) pengambilan, kawalan, perampasan dan pelupusan harta dan penggunaannya;
(h) memberikan kuasa-kuasa kepada pegawai-pegawai Kerajaan dan lain-lain;
(i) mengarahkan orang-orang untuk membuat kerja atau memberikan perkhidmatan-perkhidmatan;
(j) menubuhkan sebuah pasukan polis khas;
(k) penubuhan tribunal-tribunal dan badan-badan lain bagi maksud memutuskan sebarang perkara yang dinyatakan dalam mana-mana Perintah sedemikian;
(l) pengubahsuaian, pindaan, penggantian atau penggantungan semua atau mana-mana peruntukan sebarang undang-undang bertulis;
(m) memasuki, dan menggeledah, bangunan-bangunan atau tempat-tempat lain, dan memeriksa dan menyoal siasat orang-orang;
(n) menetapkan bayaran atau pembayaran lain; dan
(o) kawalan, pengeksploitasian, penggunaan, pelupusan, pengambilan atau penghantaran apa jua sumber asli. (Sec. 83)
Participation in Public Life and Institutions
Brunei Darussalam
- EnglishSave as otherwise provided in this Constitution, every person holding office in the public service of the Government shall hold office during His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan’s pleasure. (Sec. 70)
- MalayKecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Perlembagaan ini, setiap orang yang memegang jawatan dalam perkhidmatan awam Kerajaan hendaklah memegang jawatan selama tempoh selagi diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan. (Sec. 70)
Status of the Constitution
Brunei Darussalam
- English(1) The Government shall be regulated in accordance with the provisions of this Constitution, and the form of the Government shall not be altered save in pursuance of the power conferred by Article 85.
(2) Nothing in this Constitution shall be deemed to derogate from the prerogative powers and jurisdiction of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan and, for the avoidance of doubt, it is declared that His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan retains the power to make laws and to proclaim a further Part or Parts of the law of this Constitution as to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan from time to time may seem expedient. (Sec. 84) - Malay(1) Kerajaan hendaklah diatur perjalanannya menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini, dan bentuk Kerajaan itu tidak boleh diubah kecuali menurut kuasa yang diberikan oleh Perkara 85.
(2) Tiada sebarang apa pun dalam Perlembagaan ini boleh dianggap mengurangkan hak dan kuasa kedaulatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dan, bagi mengelakkan kewahaman, maka adalah diisytiharkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan berkuasa untuk membuat undang-undang dan memasyhurkan lagi satu Bahagian atau Bahagian-Bahagian Perlembagaan ini dari masa ke semasa jika difikirkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan elok diperbuat demikian. (Sec. 84)
Status of the Constitution
Brunei Darussalam
- English…
WHEREAS WE intend to govern in accordance with the provisions of this Constitution and the laws of Brunei Darussalam
… (Preamble) - Malay...
BAHAWASANYA BETA berhajat hendak memerintah menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini dan undang-undang Negara Brunei Darussalam;
... (Mukadimah)
Jurisdiction and Access
Brunei Darussalam
- English(1) His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan may refer any question involving, arising from, relating to, or in connection with, the meaning, interpretation, purpose, construction, ambit or effect of any of the provisions of this Constitution to the Interpretation Tribunal established in accordance with Clause (7) for its determination.
(2) When any such question arises in any legal proceedings before any court, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan may direct that court to refer such question to the Interpretation Tribunal or that court shall refer such question to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan, with a submission that His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan should refer that question to the Interpretation Tribunal, and upon receiving such reference His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan may refer such question to the Interpretation Tribunal:
Provided that the court shall not refer such question which has already been decided by the Interpretation Tribunal.
(3) If His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan does not refer such question to the Interpretation Tribunal, he shall cause the court by whom the reference thereof was made to be so informed, and the court shall thereupon proceed with the determination of the legal proceedings before it.
… (Sec. 86) - Malay(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh merujukkan apa jua perkara yang melibatkan, berbangkit dari, berkenaan dengan, atau berhubung dengan, makna, tafsiran, tujuan, pengertian, bidang atau kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini kepada Tribunal Tafsiran yang ditubuhkan menurut Fasal (7) untuk diputuskan olehnya.
(2) Apabila sebarang perkara sedemikian timbul dalam mana-mana perbicaraan undang-undang di hadapan mana-mana mahkamah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh mengarahkan supaya mahkamah itu merujukkan perkara tersebut kepada Tribunal Tafsiran atau mahkamah itu hendaklah merujukkan perkara tersebut ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, dengan suatu penghujahan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan hendaklah merujukkan perkara tersebut kepada Tribunal Tafsiran, dan setelah menerima rujukan tersebut Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh merujukkan perkara itu kepada Tribunal Tafsiran:
Dengan syarat bahawa mahkamah itu tidak boleh merujukkan perkara tersebut kepada Tribunal Tafsiran, sekiranya perkara tersebut telah pun diputuskan oleh Tribunal Tafsiran.
(3) Jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan tidak merujukkan perkara tersebut kepada Tribunal Tafsiran, maka Baginda hendaklah menyebabkan mahkamah yang membuat rujukan mengenai perkara tersebut diberitahu, dan mahkamah itu hendaklah meneruskan perbicaraan di hadapannya.
… (Sec. 86)
Jurisdiction and Access
Brunei Darussalam
- English(1) The remedy of judicial review is and shall not be available in Brunei Darussalam.
(2) For the avoidance of doubt, there is and shall be no judicial review in any court of any act, decision, grant, revocation or suspension, or refusal or omission to do so, any exercise of or refusal or omission to exercise any power, authority or discretion by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan, or any party acting on his behalf or under his authority or in the performance of any public function, under the provisions of this Constitution or any written law or otherwise, including any question relating to compliance with any procedural requirement governing such act or decision.
(3) In this Article, “judicial review” means proceedings instituted by any manner whatsoever including, but not limited to, proceedings by way of —
…
(d) any other suit or action relating to or arising out of any act, decision, grant, revocation or suspension, or refusal or omission to do so, any exercise of or refusal or omission to exercise any power, authority or discretion conferred on His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan, or any party acting on his behalf or under his authority or in the performance of any public function, under the provisions of this Constitution or any written law or otherwise.
(4) Save as provided in this Constitution, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan shall not be required to assign any reason for any act, decision, grant, revocation or suspension, or refusal or omission to do so, any exercise of or refusal or omission to exercise any power, authority or discretion under the provisions of this Constitution or any written law or otherwise. (Sec. 84C) - Malay(1) Remedi bagi kajian semula kehakiman tiada dan tidak boleh didapati di Negara Brunei Darussalam.
(2) Bagi mengelakkan kewahaman, kajian semula kehakiman tiada dan tidak boleh diadakan di dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa perbuatan, keputusan, pemberian, pembatalan atau penggantungan, atau keengganan atau peninggalan daripada berbuat demikian, sebarang perjalanan atau keengganan atau peninggalan daripada menjalankan sebarang kuasa, autoriti atau budibicara oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, atau mana-mana pihak yang bertindak bagi pihak Baginda atau dengan titah perkenan Baginda atau dalam melaksanakan sebarang tugas awam, di bawah peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini atau sebarang undang-undang bertulis atau pun selainnya, termasuk apa jua perkara yang berhubung dengan pematuhan sebarang kehendak prosedur yang mengawal perbuatan atau keputusan tersebut.
(3) Dalam Perkara ini, “kajian semula kehakiman” bermakna perbicaraan yang dimulakan dengan apa jua cara pun termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perbicaraan dengan cara —
…
(d) mana-mana guaman atau tindakan lain berhubung dengan atau berbangkit dari apa-apa perbuatan, keputusan, pemberian, pembatalan atau penggantungan, atau keengganan atau peninggalan daripada berbuat demikian, sebarang perjalanan atau keengganan atau peninggalan daripada menjalankan sebarang kuasa, autoriti atau budibicara yang diberikan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, atau mana-mana pihak yang bertindak bagi pihak Baginda atau dengan titah perkenan Baginda atau dalam melaksanakan sebarang tugas awam, di bawah peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini atau sebarang undang-undang bertulis atau pun selainnya.
(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan tidak boleh dikehendaki untuk memberi sebarang alasan kerana apa-apa perbuatan, keputusan, pemberian, pembatalan atau penggantungan,atau keengganan atau peninggalan daripada berbuat demikian, sebarang perjalanan atau keengganan atau peninggalan daripada menjalankan sebarang kuasa, autoriti atau budibicara di bawah peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini atau sebarang undang-undang bertulis atau pun selainnya. (Sec. 84C)
Head of State
Brunei Darussalam
- EnglishHis Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan shall have the power to make laws for the peace, order, security and good government of Brunei Darussalam. (Sec. 39)
- MalayKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi keamanan, ketenteraman, keselamatan dan pemerintahan yang baik Negara Brunei Darussalam. (Sec. 39)
Head of State
Brunei Darussalam
- English(1) The supreme executive authority of Brunei Darussalam shall be vested in His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan.
…
(2) The executive authority shall be exercised by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan.
… (Sec. 4) - Malay(1) Kuasa memerintah yang tertinggi bagi Negara Brunei Darussalam adalah terletak dalam tangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
…
(2) Kuasa memerintah hendaklah dijalankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
… (Sec. 4)
Government
Brunei Darussalam
- English(1) The supreme executive authority of Brunei Darussalam shall be vested in His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan.
(1A) His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan shall be the Prime Minister.
…
(2) The executive authority shall be exercised by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan.
(3) His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan may appoint from among citizens of Brunei Darussalam any number of Ministers and Deputy Ministers who shall be responsible solely to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan for the exercise of executive authority and who shall assist and advise His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan in the discharge of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan’s executive authority.
…
(5) The appointment of Ministers and Deputy Ministers shall be made from among the Malay race professing the Islamic Religion, save where His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan otherwise decides.
… (Sec. 4) - Malay(1) Kuasa memerintah yang tertinggi bagi Negara Brunei Darussalam adalah terletak dalam tangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
(1A) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultandan Yang Di-Pertuan adalah Perdana Menteri.
…
(2) Kuasa memerintah hendaklah dijalankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
(3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh melantik sebilangan orang Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan warganegara Negara Brunei Darussalam yang akan bertanggungjawab hanya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan sahaja bagi menjalankan kuasa memerintah dan yang akan membantu dan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dalam menunaikan kuasa memerintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
…
(5) Lantikan Menteri dan Timbalan Menteri hendaklah dibuat dari kalangan bangsa Melayu yang berugama Islam, melainkan jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan memutuskan sebaliknya.
… (Sec. 4)