Constitution of Brunei Darussalam 1959, as amended to 2006
Head of State
  • English
    (1) The supreme executive authority of Brunei Darussalam shall be vested in His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan.

    (2) The executive authority shall be exercised by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan.
    … (Sec. 4)
  • Malay
    (1) Kuasa memerintah yang tertinggi bagi Negara Brunei Darussalam adalah terletak dalam tangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.

    (2) Kuasa memerintah hendaklah dijalankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
    … (Sec. 4)
Head of State
  • English
    His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan shall have the power to make laws for the peace, order, security and good government of Brunei Darussalam. (Sec. 39)
  • Malay
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi keamanan, ketenteraman, keselamatan dan pemerintahan yang baik Negara Brunei Darussalam. (Sec. 39)
Government
  • English
    (1) The supreme executive authority of Brunei Darussalam shall be vested in His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan.
    (1A) His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan shall be the Prime Minister.

    (2) The executive authority shall be exercised by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan.
    (3) His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan may appoint from among citizens of Brunei Darussalam any number of Ministers and Deputy Ministers who shall be responsible solely to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan for the exercise of executive authority and who shall assist and advise His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan in the discharge of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan’s executive authority.

    (5) The appointment of Ministers and Deputy Ministers shall be made from among the Malay race professing the Islamic Religion, save where His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan otherwise decides.
    … (Sec. 4)
  • Malay
    (1) Kuasa memerintah yang tertinggi bagi Negara Brunei Darussalam adalah terletak dalam tangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
    (1A) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultandan Yang Di-Pertuan adalah Perdana Menteri.

    (2) Kuasa memerintah hendaklah dijalankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
    (3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh melantik sebilangan orang Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan warganegara Negara Brunei Darussalam yang akan bertanggungjawab hanya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan sahaja bagi menjalankan kuasa memerintah dan yang akan membantu dan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dalam menunaikan kuasa memerintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.

    (5) Lantikan Menteri dan Timbalan Menteri hendaklah dibuat dari kalangan bangsa Melayu yang berugama Islam, melainkan jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan memutuskan sebaliknya.
    … (Sec. 4)
Government
  • English
    There shall be established a Council of Ministers (to be known in Malay as the Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri), constituted in accordance with the provisions of this Part. (Sec. 10)
  • Malay
    Hendaklah diadakan Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri (yang boleh disebut sebagai Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet) yang ditubuhkan menurut peruntukan-peruntukan Bahagian ini. (Sec. 10)
Government
  • English
    The Council of Ministers shall consist of the Prime Minister and the Ministers appointed under Clause (3) of Article 4. (Sec. 11)
  • Malay
    Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri hendaklah terdiri daripada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri yang dilantik di bawah Fasal (3) Perkara 4. (Sec. 11)
Legislature
  • English
    There shall be established a Legislative Council (to be known in Malay as Majlis Mesyuarat Negara), constituted in accordance with the provisions of this Part. (Sec. 23)
  • Malay
    Hendaklah diadakan Majlis Mesyuarat Negara yang ditubuhkan menurut peruntukan-peruntukan Bahagian ini. (Sec. 23)
Legislature
  • English
    Subject to Article 30, any person (other than a Regent) who is a citizen of Brunei Darussalam and who has attained the age of 21 years shall be qualified to be a Member of the Legislative Council. (Sec. 29)
  • Malay
    Tertakluk kepada Perkara 30, mana-mana orang (selain daripada Pemangku Raja) yang menjadi warganegara Negara Brunei Darussalam dan telah mencapai umur 21 tahun adalah layak untuk menjadi seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negara. (Sec. 29)
Legislature
  • English
    His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan shall have the power to make laws for the peace, order, security and good government of Brunei Darussalam. (Sec. 39)
  • Malay
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi keamanan, ketenteraman, keselamatan dan pemerintahan yang baik Negara Brunei Darussalam. (Sec. 39)
Legislature
  • English
    The Legislative Council shall consist of not more than 45 Members as follows —
    (a) up to 30 persons who shall be appointed by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan from the following categories —
    (i) ex-officio Members who comprise the Prime Minister and all the Ministers appointed under Article 4(3) of this Constitution;
    (ii) titled persons;
    (iii) persons who, in His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan’s opinion, have rendered distinguished public service or who are not within sub-paragraph (a)(iv) but who, in his opinion, will be capable of contributing to the deliberations of the Legislative Council;
    (iv) persons who, in His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan’s opinion, have achieved distinction in the field of religion, management, any profession, business, trade, agriculture, cultural arts or community activities, or who are representatives of particular communities; and
    (b) up to 15 representatives, the exact number of which shall be determined by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan, from Brunei and Muara District, Belait District, Tutong District and Temburong District who shall be elected in accordance with the laws relating to elections in force in Brunei Darussalam. (Second Schedule, Provisions Relating to Legislative Council, Sec. 1)
  • Malay
    Majlis Mesyuarat Negara hendaklah mengandungi tidak lebih daripada 45 orang Ahli seperti berikut —
    (a) sehingga 30 orang yang akan dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dari kategori-kategori yang berikut —
    (i) Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan yang terdiri daripada Perdana Menteri dan semua Menteri yang dilantik di bawah Perkara 4(3) dari Perlembagaan ini;
    (ii) orang-orang bergelar;
    (iii) orang-orang yang, pada pendapat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, telah menyumbangkan perkhidmatan awam yang cemerlang atau mereka yang tidak termasuk dalam perenggan kecil (a)(iv) tetapi boleh, pada pendapat Baginda, menyumbang kepada perbahasan dalam Majlis Mesyuarat Negara;
    (iv) orang-orang yang, pada pendapat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, telah mencapai tahap kecemerlangan dalam bidang keugamaan, pengurusan, sebarang profesion, perniagaan, perdagangan, pertanian, aktiviti-aktiviti kebudayaan, kesenian atau kemasyarakatan, atau yang mewakili masyarakat-masyarakat tertentu; dan
    (b) sehingga 15 orang wakil, bilangan sebenarnya hendaklah ditentukan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, dari Daerah Brunei Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong yang akan dipilih menurut undang-undang berkenaan dengan pilihan raya yang berkuatkuasa di dalam Negara Brunei Darussalam. (Jadual Kedua, Peruntukan-Peruntukan Berkenaan Dengan Majlis Mesyuarat Negara, Sec. 1)
1

Constitution of Brunei Darussalam 1959, as amended to 2006 (English). According to Sec. 82(1): "The official language of Brunei Darussalam shall be the Malay language."

Links to all sites last visited 6 February 2024