SEARCH DATABASE
The Global Gender Equality Constitutional Database is a repository of gender equality related provisions in 194 constitutions from around the world. The Database was updated in partnership with the International Bar Association's Human Rights Institute (IBAHRI) and with support from the Swedish International Development Agency (SIDA) and the Government of Japan. Experience its wealth and depth of information by starting your search now.
ABOUT 8 RESULTS
Property, Inheritance and Land Tenure
Malaysia
- English…
(5) Article 89 shall not apply to the State of Sabah or Sarawak, and Article 8 shall not invalidate or prohibit any provision of State law in the State of Sabah or Sarawak for the reservation of land for natives of the State or for alienation to them, or for giving them preferential treatment as regards the alienation of land by the State.
(6) In this Article “native” means—
(a) in relation to Sarawak, a person who is a citizen and either belongs to one of the races specified in Clause (7) as indigenous to the State or is of mixed blood deriving exclusively from those races; and
(b) in relation to Sabah, a person who is a citizen, is the child or grandchild of a person of a race indigenous to Sabah, and was born (whether on or after Malaysia Day or not) either in Sabah or to a father domiciled in Sabah at the time of the birth.
(7) The races to be treated for the purposes of the definition of “native” in Clause (6) as indigenous to Sarawak are the Bukitans, Bisayahs, Dusuns, Sea Dayaks, Land Dayaks, Kadayans, Kalabits, Kayans, Kenyahs (including Sabups and Sipengs), Kajangs (including Sekapans, Kejamans, Lahanans, Punans, Tanjongs and Kanowits), Lugats, Lisums, Malays, Melanos, Muruts, Penans, Sians, Tagals, Tabuns and Ukits. (Art. 161A) - Malay…
(5) Perkara 89 tidaklah terpakai bagi Negeri Sabah atau Sarawak, dan Perkara 8 tidaklah menidaksahkan atau melarang apa-apa peruntukan undang-undang Negeri di Negeri Sabah atau Sarawak bagi merizabkan tanah bagi anak negeri Negeri itu atau bagi memberikan hakmilik kepada mereka, atau bagi memberikan layanan keutamaan kepada mereka berkenaan dengan pemberian hakmilik tanah oleh Negeri itu.
(6) Dalam Perkara ini “anak negeri” ertinya—
(a) berhubung dengan Sarawak, seseorang yang merupakan warganegara dan sama ada yang tergolong dalam salah satu daripada ras yang dinyatakan dalam Fasal (7) sebagai ras asli bagi Negeri itu atau yang berketurunan campuran yang berasal semata-mata daripada ras-ras itu; dan
(b) berhubung dengan Sabah, seseorang yang merupakan warganegara, ialah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu ras asli bagi Sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas Hari Malaysia) sama ada di Sabah atau dengan bapanya berdomisil di Sabah pada masa kelahiran itu.
(7) Ras-ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak bagi maksud takrif “anak negeri” dalam Fasal (6) ialah Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit. (Perkara 161A)
Property, Inheritance and Land Tenure
Malaysia
- English(1) Nothing in this Constitution shall affect the validity of any restrictions imposed by law on the transfer or lease of customary land in the State of Negeri Sembilan or the State of Malacca, or of any interest in such land.
… (Art. 90) - Malay(1) Tiada apa-apa jua dalam Perlembagaan ini boleh menyentuh kesahan apa-apa sekatan yang dikenakan oleh undang-undang ke atas pemindahan hakmilik atau pemajakan tanah adat di Negeri Sembilan atau Negeri Melaka, atau pemindahan hakmilik atau pemajakan apa-apa kepentingan mengenai tanah itu.
… (Perkara 90)
Property, Inheritance and Land Tenure
Malaysia
- English(1) Any land in a State which immediately before Merdeka Day was a Malay reservation in accordance with the existing law may continue as a Malay reservation in accordance with that law until otherwise provided by an Enactment of the Legislature of that State,
…
(2) Any land in a State which is not for the time being a Malay reservation in accordance with the existing law and has not been developed or cultivated may be declared as a Malay reservation in accordance with that law:
…
(3) Subject to Clause (4), the Government of any State may, in accordance with the existing law, declare as a Malay reservation—
(a) any land acquired by that Government by agreement for that purpose;
(b) on the application of the proprietor, and with the consent of every person having a right or interest therein, any other land,
and shall, in accordance with the existing law, immediately declare as a Malay reservation, in a case where any land ceases to be a Malay reservation, any other land of a similar character and of an area not exceeding the area of that land.
(4) Nothing in this Article shall authorize the declaration as a Malay reservation of any land which at the time of the declaration is owned or occupied by a person who is not a Malay or in or over which such a person has then any right or interest.
(5) Without prejudice to Clause (3), the Government of any State may, in accordance with law, acquire land for the settlement of Malays or other communities, and establish trusts for that purpose.
(6) In this Article “Malay reservation” means land reserved for alienation to Malays or to natives of the State in which it lies; and “Malay” includes any person who, under the law of the State in which he is resident, is treated as a Malay for the purposes of the reservation of land.
(7) Subject to Article 161A, this Article shall have effect notwithstanding any other provision of this Constitution; but (without prejudice to any such other provision) no land shall be retained or declared as a Malay reservation except as provided by this Article and Article 90.
(8) The provisions of this Article shall apply to the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya in the like manner that they apply to a State, save that Clause (1) in its application to the Federal Territories of Kuala Lumpur and Purtrajaya shall be modified to read that any land in the Federal Territory of Kuala Lumpur or the Federal Territory of Putrajaya which immediately before Merdeka Day was a Malay reservation in accordance with the existing law may continue as a Malay reservation in accordance with that law until otherwise provided by an Act of Parliament passed by a majority of the total number of members of each House of Parliament and by the votes of not less than two-thirds of the members present and voting in each House. (Art. 89) - Malay(1) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu,
…
(2) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam boleh diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu mengikut undangundang itu:
...
(3) Tertakluk kepada Fasal (4), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undang-undang yang sedia ada, mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu—
(a) mana-mana tanah yang diambil oleh Kerajaan itu melalui perjanjian bagi maksud itu;
(b) mana-mana tanah lain, apabila permohonan dibuat oleh tuan punya tanah itu, dan dengan persetujuan tiap-tiap orang yang mempunyai hak atau kepentingan mengenainya,
dan hendaklah, mengikut undang-undang yang sedia ada, dengan serta-merta mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu, dalam hal jika mana-mana tanah terhenti menjadi tanah simpanan Melayu, mana-mana tanah lain yang sama jenisnya dengan tanah itu dan yang luasnya tidak melebihi keluasan tanah itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh membenarkan diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu mana-mana tanah yang pada masa perisytiharan itu dipunyai atau diduduki oleh seseorang yang bukan seorang Melayu atau yang mengenainya atau ke atasnya orang itu ketika itu mempunyai apa-apa hak atau kepentingan.
(5) Tanpa menjejaskan Fasal (3), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undang-undang, mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu atau kaum lain, dan mewujudkan amanah bagi maksud itu.
(6) Dalam Perkara ini “tanah simpanan Melayu” ertinya tanah yang disimpan untuk diberi hakmilik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri bagi Negeri tempat terletaknya tanah itu; dan “orang Melayu” termasuklah mana-mana orang yang, di bawah undang-undang Negeri tempat dia bermastautin, dikira sebagai orang Melayu bagi maksud perizaban tanah.
(7) Tertakluk kepada Perkara 161A, Perkara ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam perlembagaan ini; tetapi (tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain yang sedemikian) tiada tanah boleh dikekalkan atau diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara ini dan Perkara 90.
(8) Peruntukan Perkara ini hendaklah terpakai bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mengikut cara yang sama sebagaimana peruntukan Perkara ini terpakai bagi sesuatu Negeri, kecuali bahawa Fasal (1) dalam pemakaiannya bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hendaklah diubahsuaikan supaya dibaca bahawa mana-mana tanah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang sebaik sebelum Hari Merdeka ialah tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Akta Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli setiap Majlis Parlimen dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi di dalam setiap Majlis Parlimen. (Perkara 89)
Property, Inheritance and Land Tenure
Malaysia
- English...
13. Native law and custom, including the personal law relating to marriage, divorce, guardianship, maintenance, adoption, legitimacy, family law, gifts or succession, testate or intestate; registration of adoptions under native law or custom; the determination of matters of native law or custom; the constitution, organization, and procedure of native courts (including the right of audience in such courts), and the jurisdiction and powers of such courts, which shall extend only to the matters included in this paragraph and shall not include jurisdiction in respect of offences except in so far as conferred by federal law.
… (Ninth Schedule, List IIA—Supplement to State List for States of Sabah and Sarawak, [Article 95B(1)(a)]) - Malay...
13. Undang-undang dan adat anak negeri, termasuk undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat; pendaftaran pengangkatan di bawah undang-undang atau adat anak negeri; penentuan perkara perkara mengenai undang-undang atau adat anak negeri; keanggotaan, susunan, dan tatacara mahkamah anak negeri (termasuk hak untuk didengar di dalam mahkamah itu), dan bidang kuasa dan kuasa mahkamah itu, yang hendaklah meliputi hanya perkara yang termasuk dalam perenggan ini sahaja dan tidaklah termasuk bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan.
… (Jadual Kesembilan, Senarai IIA—Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak, [Perkara 95B(1)(a)])
Property, Inheritance and Land Tenure
Malaysia
- English…
(4) Parliament may, for the purpose only of ensuring uniformity of law and policy, make laws with respect to land tenure, the relations of landlord and tenant, registration of titles and deeds relating to land, transfer of land, mortgages, leases and charges in respect of land, easements and other rights and interests in land, compulsory acquisition of land, rating and valuation of land, and local government; and paragraph (b) of Clause (1) and Clause (3) shall not apply to any law relating to any such matter. (Art. 76) - Malay…
(4) Parlimen boleh, hanya bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar, membuat undang-undang mengenai pemegangan tanah, perhubungan antara tuan tanah dengan penyewa, pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan tanah, pindah hakmilik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian berkenaan dengan tanah, isemen dan hak dan kepentingan lain mengenai tanah, pengambilan tanah dengan paksa, perkadaran dan penilaian tanah, dan kerajaan tempatan; dan Fasal (1)(b) dan (3) tidaklah terpakai bagi mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan mana-mana perkara itu. (Perkara 76)
Property, Inheritance and Land Tenure
Malaysia
- English1. Except with respect to the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, Islamic law and personal and family law of persons professing the religion of Islam, including the Islamic law relating to succession, testate and intestate, betrothal, marriage, divorce, dower, maintenance, adoption, legitimacy, guardianship, gifts, partitions and non-charitable trusts; …
2. Except with respect to the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, land including—
(a) land tenure, relation of landlord and tenant; registration of titles and deeds relating to land; colonization, land improvement and soil conservation; rent restriction;
(b) Malay reservations or, in the States of Sabah and Sarawak, native reservations;
… (Ninth Schedule, Legislative Lists, List II—State List) - Malay1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; ...
2. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, tanah termasuk—
(a) Pemegangan tanah, hubungan antara tuan tanah dengan penyewa; pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan tanah; penerokaan, pemajuan tanah dan pemuliharaan tanah; sekatan sewa;
(b) Tanah Simpanan Melayu atau, di Negeri Sabah dan Sarawak, tanah simpanan anak negeri;
… (Jadual Kesembilan, Senarai II—Senarai Negeri)
Property, Inheritance and Land Tenure
Malaysia
- English…
(2) Except as expressly authorized by this Constitution, there shall be no discrimination against citizens on the ground only of religion, race, descent, place of birth or gender in any law or in the appointment to any office or employment under a public authority or in the administration of any law relating to the acquisition, holding or disposition of property or the establishing or carrying on of any trade, business, profession, vocation or employment.
… (Art. 8) - Malay…
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
… (Perkara 8)
Property, Inheritance and Land Tenure
Malaysia
- English…
4. Civil and criminal law and procedure and the administration of justice, including—
(a) constitution and organization of all courts other than Syariah Courts;
(b) jurisdiction and powers of all such courts;
(c) remuneration and other privileges of the judges and officers presiding over such courts;
(d) persons entitled to practise before such courts; (e) subject to paragraph (ii), the following:
(i) contract; partnership, agency and other special contracts; master and servant; inns and inn-keepers; actionable wrongs; property and its transfer and hypothecation, except land; bona vacantia; equity and trusts; marriage, divorce and legitimacy; married women’s property and status; interpretation of federal law; negotiable instruments; statutory declarations; arbitration; mercantile law; registration of businesses and business names; age of majority; infants and minors; adoption; succession, testate and intestate; probate and letters of administration; bankruptcy and insolvency; oaths and affirmations; limitation; reciprocal enforcement of judgments and orders; the law of evidence;
(ii) the matters mentioned in paragraph (i) do not include Islamic personal law relating to marriage, divorce, guardianship, maintenance, adoption, legitimacy, family law, gifts or succession, testate and intestate;
… (Ninth Schedule, Legislative Lists, List I—Federal List, [Articles 74, 77]) - Malay…
4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—
(a) Keanggotaan dan susunan semua mahkamah selain Mahkamah Syariah;
(b) Bidang kuasa dan kuasa semua mahkamah itu;
(c) Saraan dan keistemewaan lain hakim dan pegawai yang mengetuai mahkamah itu;
(d) Orang yang berhak menjalankan amalan di hadapan mahkamah itu;
(e) Tertakluk kepada perenggan (ii), perkara yang berikut:
(i) Kontrak; perkongsian, agensi dan kontrak khas yang lain; majikan dan perkhidmat; rumah inapan dan tuan rumah inapan; perbuatan salah boleh dakwa; harta dan pindah hakmiliknya serta hipotekasinya, kecuali tanah; bona vacantia; ekuiti dan amanah; perkahwinan, perceraian dan kesahtarafan; harta dan taraf perempuan bersuami; pentafsiran undang-undang persekutuan; surat cara boleh niaga; akuan berkanun; timbang tara; undang-undang persaudagaran; pendaftaran perniagaan dan nama perniagaan; umur dewasa; budak-budak dan orang belum dewasa; pengangkutan; pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat; probet dan surat kuasa mentadbir; kebankrapan dan ketidakmampuan bayar; sumpah dan ikrar; batasan; penguatkuasaan bersaling penghakiman dan perintah; undang-undang keterangan;
(ii) perkara yang disebut dalam perenggan (i) tidak termasuk undang-undang diri Islam yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat;
… (Jadual Kesembilan,Senarai Perundangan, Senarai I—Senarai Persekutuan, [Perkara 74, 77])