SEARCH DATABASE
The Global Gender Equality Constitutional Database is a repository of gender equality related provisions in 194 constitutions from around the world. The Database was updated in partnership with the International Bar Association's Human Rights Institute (IBAHRI) and with support from the Swedish International Development Agency (SIDA) and the Government of Japan. Experience its wealth and depth of information by starting your search now.
ABOUT 7 RESULTS
Legislature
Malaysia
- EnglishEvery citizen resident in the Federation is qualified to be a member—
(a) of the Senate, if he is not less than thirty years old;
(b) of the House of Representatives, if he is not less than eighteen years old,
unless he is disqualified for being a member by this Constitution or by any law made in pursuance of Article 48. (Art. 47) - MalayTiap-tiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan layak menjadi ahli—
(a) Dewan Negara, jika dia berumur tidak kurang daripada tiga puluh tahun;
(b) Dewan Rakyat, jika dia berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun,
melainkan jika dia hilang kelayakan untuk menjadi ahli mengikut Perlembagaan ini atau mengikut mana-mana undang-undang yang dibuat menurut Perkara 48. (Perkara 47)
Legislature
Malaysia
- English(1) Subject to Clause (4), the Senate shall consist of elected and appointed members as follows:
(a) two members for each State shall be elected in accordance with the Seventh Schedule; and
(aa) two members for the Federal Territory of Kuala Lumpur, one member for the Federal Territory of Labuan and one member for the Federal Territory of Putrajaya shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong; and
(b) forty members shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong.
(2) The members to be appointed by the Yang di-Pertuan Agong shall be persons who in his opinion have rendered distinguished public service or have achieved distinction in the professions, commerce, industry, agriculture, cultural activities or social service or are representative of racial minorities or are capable of representing the interests of aborigines.
… (Art. 45) - Malay(1) Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah terdiri daripada ahli-ahli dipilih dan dilantik seperti yang berikut:
(a) dua orang ahli bagi setiap Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh; dan
(aa) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan
(b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
(2) Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah orang yang pada pendapatnya telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli.
… (Perkara 45)
Legislature
Brunei Darussalam
- EnglishThe Legislative Council shall consist of not more than 45 Members as follows —
(a) up to 30 persons who shall be appointed by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan from the following categories —
(i) ex-officio Members who comprise the Prime Minister and all the Ministers appointed under Article 4(3) of this Constitution;
(ii) titled persons;
(iii) persons who, in His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan’s opinion, have rendered distinguished public service or who are not within sub-paragraph (a)(iv) but who, in his opinion, will be capable of contributing to the deliberations of the Legislative Council;
(iv) persons who, in His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan’s opinion, have achieved distinction in the field of religion, management, any profession, business, trade, agriculture, cultural arts or community activities, or who are representatives of particular communities; and
(b) up to 15 representatives, the exact number of which shall be determined by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan, from Brunei and Muara District, Belait District, Tutong District and Temburong District who shall be elected in accordance with the laws relating to elections in force in Brunei Darussalam. (Second Schedule, Provisions Relating to Legislative Council, Sec. 1) - MalayMajlis Mesyuarat Negara hendaklah mengandungi tidak lebih daripada 45 orang Ahli seperti berikut —
(a) sehingga 30 orang yang akan dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dari kategori-kategori yang berikut —
(i) Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan yang terdiri daripada Perdana Menteri dan semua Menteri yang dilantik di bawah Perkara 4(3) dari Perlembagaan ini;
(ii) orang-orang bergelar;
(iii) orang-orang yang, pada pendapat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, telah menyumbangkan perkhidmatan awam yang cemerlang atau mereka yang tidak termasuk dalam perenggan kecil (a)(iv) tetapi boleh, pada pendapat Baginda, menyumbang kepada perbahasan dalam Majlis Mesyuarat Negara;
(iv) orang-orang yang, pada pendapat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, telah mencapai tahap kecemerlangan dalam bidang keugamaan, pengurusan, sebarang profesion, perniagaan, perdagangan, pertanian, aktiviti-aktiviti kebudayaan, kesenian atau kemasyarakatan, atau yang mewakili masyarakat-masyarakat tertentu; dan
(b) sehingga 15 orang wakil, bilangan sebenarnya hendaklah ditentukan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, dari Daerah Brunei Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong yang akan dipilih menurut undang-undang berkenaan dengan pilihan raya yang berkuatkuasa di dalam Negara Brunei Darussalam. (Jadual Kedua, Peruntukan-Peruntukan Berkenaan Dengan Majlis Mesyuarat Negara, Sec. 1)
Legislature
Malaysia
- EnglishThe legislative authority of the Federation shall be vested in a Parliament, which shall consist of the Yang di-Pertuan Agong and two Majlis (Houses of Parliament) to be known as the Dewan Negara (Senate) and the Dewan Rakyat (House of Representatives). (Art. 44)
- MalayKuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat. (Perkara 44)
Legislature
Brunei Darussalam
- EnglishHis Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan shall have the power to make laws for the peace, order, security and good government of Brunei Darussalam. (Sec. 39)
- MalayKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi keamanan, ketenteraman, keselamatan dan pemerintahan yang baik Negara Brunei Darussalam. (Sec. 39)
Legislature
Brunei Darussalam
- EnglishSubject to Article 30, any person (other than a Regent) who is a citizen of Brunei Darussalam and who has attained the age of 21 years shall be qualified to be a Member of the Legislative Council. (Sec. 29)
- MalayTertakluk kepada Perkara 30, mana-mana orang (selain daripada Pemangku Raja) yang menjadi warganegara Negara Brunei Darussalam dan telah mencapai umur 21 tahun adalah layak untuk menjadi seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negara. (Sec. 29)
Legislature
Brunei Darussalam
- EnglishThere shall be established a Legislative Council (to be known in Malay as Majlis Mesyuarat Negara), constituted in accordance with the provisions of this Part. (Sec. 23)
- MalayHendaklah diadakan Majlis Mesyuarat Negara yang ditubuhkan menurut peruntukan-peruntukan Bahagian ini. (Sec. 23)