SEARCH DATABASE
The Global Gender Equality Constitutional Database is a repository of gender equality related provisions in 194 constitutions from around the world. The Database was updated in partnership with the International Bar Association's Human Rights Institute (IBAHRI) and with support from the Swedish International Development Agency (SIDA) and the Government of Japan. Experience its wealth and depth of information by starting your search now.
ABOUT 14 RESULTS
Citizenship and Nationality
Malaysia
- English(1) Subject to Article 18, any married woman whose husband is a citizen is entitled, upon making application to the Federal Government, to be registered as a citizen if the marriage was subsisting and the husband a citizen at the beginning of October 1962, or if she satisfies the Federal Government—
(a) that she has resided in the Federation throughout the two years preceding the date of the application and intends to do so permanently; and
(b) that she is of good character.
(2) Subject to Article 18, the Federal Government may cause any person under the age of twenty-one years of whose parents one at least is (or was at death) a citizen to be registered as a citizen upon application made to the Federal Government by his parent or guardian.
(3) Subject to Article 18, a person under the age of twenty-one years who was born before the beginning of October 1962, and whose father is (or was at his death) a citizen and was also a citizen at the beginning of that month (if then alive), is entitled upon application made to the Federal Government by his parent or guardian, to be registered as a citizen if the Federal Government is satisfied that he is ordinarily resident in the Federation and is of good character.
(4) For the purposes of Clause (1) residence before Malaysia Day in the territories comprised in the States of Sabah and Sarawak shall be treated as residence in the Federation.
(5) The reference in Clause (1) to a married woman is a reference to a woman whose marriage has been registered in accordance with any written law in force in the Federation, including any such law in force before Merdeka Day, or with any written law in force before Malaysia Day in the territories comprised in the States of Sabah and Sarawak:
Provided that this Clause shall not apply where the woman applies to be registered as a citizen before the beginning of September 1965, or such later date as may be fixed by order of the Yang di-Pertuan Agong, and is at the date of the application ordinarily resident in the States of Sabah and Sarawak. (Art. 15) - Malay(1) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana perempuan bersuami yang suaminya seorang warganegara, maka perempuan itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika perkahwinan itu masih wujud dan suaminya itu seorang warganegara pada permulaan bulan Oktober 1962, atau jika dia memuaskan hati Kerajaan Persekutuan—
(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap; dan
(b) bahawa dia berkelakuan baik.
(2) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu atau bapa atau penjaga mana-mana orang yang di bawah umur dua puluh satu tahun, maka Kerajaan Persekutuan boleh menyebabkan orang itu didaftarkan sebagai warganegara jika sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapanya sekarang (atau pada masa kematiannya) seorang warganegara.
(3) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu atau bapa atau penjaga seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun, maka orang itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika dia dilahirkan sebelum permulaan bulan Oktober 1962 dan bapanya sekarang (atau pada masa kematiannya) seorang warganegara dan juga seorang warganegara pada permulaan bulan itu (jika hidup pada masa itu), dan jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin di Persekutuan dan berkelakuan baik.
(4) Bagi maksud Fasal (1), kemastautinan sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.
(5) Sebutan dalam Fasal (1) mengenai perempuan bersuami ialah sebutan mengenai perempuan yang perkahwinannya telah didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Persekutuan, termasuklah mana-mana undang-undang sedemikian yang berkuat kuasa sebelum Hari Merdeka, atau mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak:
Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai jika perempuan itu memohon supaya didaftarkan sebagai warganegara sebelum permulaan bulan September 1965, atau apa-apa tarikh kemudiannya sebagaimana yang ditetapkan melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, dan jika pada tarikh permohonan itu dia biasanya bermastautin di Negeri Sabah dan Sarawak. (Perkara 15)
Indigenous Peoples
Malaysia
- English...
13. Native law and custom, including the personal law relating to marriage, divorce, guardianship, maintenance, adoption, legitimacy, family law, gifts or succession, testate or intestate; registration of adoptions under native law or custom; the determination of matters of native law or custom; the constitution, organization, and procedure of native courts (including the right of audience in such courts), and the jurisdiction and powers of such courts, which shall extend only to the matters included in this paragraph and shall not include jurisdiction in respect of offences except in so far as conferred by federal law.
… (Ninth Schedule, List IIA—Supplement to State List for States of Sabah and Sarawak, [Article 95B(1)(a)]) - Malay...
13. Undang-undang dan adat anak negeri, termasuk undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat; pendaftaran pengangkatan di bawah undang-undang atau adat anak negeri; penentuan perkara perkara mengenai undang-undang atau adat anak negeri; keanggotaan, susunan, dan tatacara mahkamah anak negeri (termasuk hak untuk didengar di dalam mahkamah itu), dan bidang kuasa dan kuasa mahkamah itu, yang hendaklah meliputi hanya perkara yang termasuk dalam perenggan ini sahaja dan tidaklah termasuk bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan.
… (Jadual Kesembilan, Senarai IIA—Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak, [Perkara 95B(1)(a)])
Indigenous Peoples
Malaysia
- English(1) It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.
(2) Notwithstanding anything in this Constitution, but subject to the provisions of Article 40 and of this Article, the Yang di-Pertuan Agong shall exercise his functions under this Constitution and federal law in such manner as may be necessary to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and to ensure the reservation for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service (other than the public service of a State) and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government and, when any permit or licence for the operation of any trade or business is required by federal law, then, subject to the provisions of that law and this Article, of such permits and licences.
(3) The Yang di-Pertuan Agong may, in order to ensure in accordance with Clause (2) the reservation to Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of positions in the public service and of scholarships, exhibitions and other educational or training privileges or special facilities, give such general directions as may be required for that purpose to any Commission to which Part X6 applies or to any authority charged with responsibility for the grant of such scholarships, exhibitions or other educational or training privileges or special facilities; and the Commission or authority shall duly comply with the directions.
… (Art. 153) - Malay(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
… (Perkara 153)
Marriage and Family Life
Malaysia
- English...
10. Personal law relating to marriage, divorce, guardianship, maintenance, adoption, legitimacy, family law, gifts or succession, testate or intestate.
… (Ninth Schedule, List IIIA—Supplement to Concurrent List for States of Sabah and Sarawak, [Article 95B(1)(b)]) - Malay...
10. Undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat.
… (Jadual Kesembilan, Senarai IIIA—Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak, [Perkara 95B(1)(a)])
Marriage and Family Life
Malaysia
- English...
13. Native law and custom, including the personal law relating to marriage, divorce, guardianship, maintenance, adoption, legitimacy, family law, gifts or succession, testate or intestate; registration of adoptions under native law or custom; the determination of matters of native law or custom; the constitution, organization, and procedure of native courts (including the right of audience in such courts), and the jurisdiction and powers of such courts, which shall extend only to the matters included in this paragraph and shall not include jurisdiction in respect of offences except in so far as conferred by federal law.
… (Ninth Schedule, List IIA—Supplement to State List for States of Sabah and Sarawak, [Article 95B(1)(a)]) - Malay...
13. Undang-undang dan adat anak negeri, termasuk undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat; pendaftaran pengangkatan di bawah undang-undang atau adat anak negeri; penentuan perkara perkara mengenai undang-undang atau adat anak negeri; keanggotaan, susunan, dan tatacara mahkamah anak negeri (termasuk hak untuk didengar di dalam mahkamah itu), dan bidang kuasa dan kuasa mahkamah itu, yang hendaklah meliputi hanya perkara yang termasuk dalam perenggan ini sahaja dan tidaklah termasuk bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan.
… (Jadual Kesembilan, Senarai IIA—Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak, [Perkara 95B(1)(a)])
Property, Inheritance and Land Tenure
Malaysia
- English...
13. Native law and custom, including the personal law relating to marriage, divorce, guardianship, maintenance, adoption, legitimacy, family law, gifts or succession, testate or intestate; registration of adoptions under native law or custom; the determination of matters of native law or custom; the constitution, organization, and procedure of native courts (including the right of audience in such courts), and the jurisdiction and powers of such courts, which shall extend only to the matters included in this paragraph and shall not include jurisdiction in respect of offences except in so far as conferred by federal law.
… (Ninth Schedule, List IIA—Supplement to State List for States of Sabah and Sarawak, [Article 95B(1)(a)]) - Malay...
13. Undang-undang dan adat anak negeri, termasuk undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat; pendaftaran pengangkatan di bawah undang-undang atau adat anak negeri; penentuan perkara perkara mengenai undang-undang atau adat anak negeri; keanggotaan, susunan, dan tatacara mahkamah anak negeri (termasuk hak untuk didengar di dalam mahkamah itu), dan bidang kuasa dan kuasa mahkamah itu, yang hendaklah meliputi hanya perkara yang termasuk dalam perenggan ini sahaja dan tidaklah termasuk bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan.
… (Jadual Kesembilan, Senarai IIA—Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak, [Perkara 95B(1)(a)])
Property, Inheritance and Land Tenure
Malaysia
- English1. Except with respect to the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, Islamic law and personal and family law of persons professing the religion of Islam, including the Islamic law relating to succession, testate and intestate, betrothal, marriage, divorce, dower, maintenance, adoption, legitimacy, guardianship, gifts, partitions and non-charitable trusts; …
2. Except with respect to the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, land including—
(a) land tenure, relation of landlord and tenant; registration of titles and deeds relating to land; colonization, land improvement and soil conservation; rent restriction;
(b) Malay reservations or, in the States of Sabah and Sarawak, native reservations;
… (Ninth Schedule, Legislative Lists, List II—State List) - Malay1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; ...
2. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, tanah termasuk—
(a) Pemegangan tanah, hubungan antara tuan tanah dengan penyewa; pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan tanah; penerokaan, pemajuan tanah dan pemuliharaan tanah; sekatan sewa;
(b) Tanah Simpanan Melayu atau, di Negeri Sabah dan Sarawak, tanah simpanan anak negeri;
… (Jadual Kesembilan, Senarai II—Senarai Negeri)
Jurisdiction and Access
Malaysia
- English(1) The Federal Court shall, to the exclusion of any other court, have jurisdiction to determine in accordance with any rules of court regulating the exercise of such jurisdiction—
(a) any question whether a law made by Parliament or by the Legislature of a State is invalid on the ground that it makes provision with respect to a matter with respect to which Parliament or, as the case may be, the Legislature of the State has no power to make laws; and
(b) disputes on any other question between States or between the Federation and any State.
(2) Without prejudice to any appellate jurisdiction of the Federal Court, where in any proceedings before another court a question arises as to the effect of any provision of this Constitution, the Federal Court shall have jurisdiction (subject to any rules of court regulating the exercise of that jurisdiction) to determine the question and remit the case to the other court to be disposed of in accordance with the determination.
… (Art. 128) - Malay(1) Hanya Mahkamah Persekutuan sahaja, dan tidak mana-mana mahkamah lain, mempunyai bidang kuasa bagi memutuskan mengikut mana-mana kaedah mahkamah yang mengawal selia penjalanan bidang kuasa sedemikian—
(a) apa-apa soal sama ada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan sesuatu Negeri adalah tidak sah atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan mengenai sesuatu perkara yang mengenainya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang; dan
(b) pertikaian atas apa-apa soal lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri.
(2) Tanpa menjelaskan apa-apa bidang kuasa rayuan Mahkamah Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah mahkamah yang mengawal selia perjalanan bidang kuasa itu) untuk memutuskan soal itu dan menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu.
… (Perkara 128)
Electoral Bodies
Malaysia
- English(1) There shall be an Election Commission, to be constituted in accordance with Article 114, which, subject to the provisions of federal law, shall conduct elections to the House of Representatives and the Legislative Assemblies of the States and prepare and revise electoral rolls for such elections.
… (Art. 113) - Malay(1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang hendaklah ditubuhkan mengikut Perkara 114, yang, tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan, hendaklah menjalankan pilihan raya ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri dan menyediakan dan menyemak daftar pemilih bagi pilihan raya itu.
… (Perkara 113)
Religious Law
Malaysia
- English(1) Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of the Federation.
(2) In every State other than States not having a Ruler the position of the Ruler as the Head of the religion of Islam in his State in the manner and to the extent acknowledged and declared by the Constitution of that State, and, subject to that Constitution, all rights, privileges, prerogatives and powers enjoyed by him as Head of that religion, are unaffected and unimpaired; but in any acts, observances or ceremonies with respect to which the Conference of Rulers has agreed that they should extend to the Federation as a whole each of the other Rulers shall in his capacity of Head of the religion of Islam authorize the Yang di-Pertuan Agong to represent him.
(3) The Constitution of the States of Malacca, Penang, Sabah and Sarawak shall each make provision for conferring on the Yang di-Pertuan Agong the position of Head of the religion of Islam in that State.
(4) Nothing in this Article derogates from any other provision of this Constitution.
(5) Notwithstanding anything in this Constitution the Yang di-Pertuan Agong shall be the head of the religion of Islam in the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya; and for this purpose Parliament may be law make provisions for regulating Islamic religious affairs and for constituting a Council to advise the Yang di-Pertuan Agong in matters relating to the religion of Islam. (Art. 3) - Malay(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam. (Perkara 3)