SEARCH DATABASE
The Global Gender Equality Constitutional Database is a repository of gender equality related provisions in 194 constitutions from around the world. The Database was updated in partnership with the International Bar Association's Human Rights Institute (IBAHRI) and with support from the Swedish International Development Agency (SIDA) and the Government of Japan. Experience its wealth and depth of information by starting your search now.
ABOUT 4 RESULTS
Religious Law
Brunei Darussalam
- English...
(3) The Attorney General shall have power exercisable at his discretion to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence other than —
(a) proceedings before a Syariah Court, subject to the provisions of any written law to the contrary;
... (Sec. 81) - Malay…
(3) Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan mengikut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang perbicaraan kerana sesuatu kesalahan selain dari —
(a) perbicaraan di hadapan sesebuah Mahkamah Syariah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan sebarang undang-undang bertulis yang bertentangan;
… (Sec. 81)
Religious Law
Brunei Darussalam
- English(1) The official religion of Brunei Darussalam shall be the Islamic Religion:
Provided that all other religions may be practised in peace and harmony by the persons professing them.
(2) The Head of the official religion of Brunei Darussalam shall be His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan.
(3) The Religious Council shall be the authority responsible for advising His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan on all matters relating to the Islamic Religion.
(4) For the purpose of this Article, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan may, after consultation with the Religious Council, but not necessarily in accordance with the advice of that Council, make laws in respect of matters relating to the Islamic Religion. (Sec. 3) - Malay(1) Ugama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam adalah Ugama Islam:
Tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya.
(2) Ketua ugama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
(3) Majlis Ugama Islam adalah badan yang bertanggungjawab untuk menyembahkan nasihat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan mengenai semua perkara yang berhubung dengan Ugama Islam.
(4) Bagi maksud Perkara ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh, setelah berunding dengan Majlis Ugama Islam, tetapi tidak semestinya mengikut nasihat Majlis itu, membuat undang-undang mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan Ugama Islam. (Sec. 3)
Religious Law
Brunei Darussalam
- English...
(7) The Interpretation Tribunal shall consist of 3 members —
(a) a Chairman who shall be a person who holds or has held high judicial office in any country, or has for at least 20 years been engaged in legal practice in any country;
(b) one member who shall be a person who has for at least 10 years been engaged in legal practice in any country; and
(c) one member who shall be a person from any country who professes the Islamic Religion who holds or has held office in Islamic law or is an expert in Islamic law and jurisprudence.
... (Sec. 86) - Malay…
(7) Tribunal Tafsiran hendaklah terdiri daripada 3 orang ahli —
(a) seorang Pengerusi yang merupakan orang yang memegang atau telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di mana-mana negara, atau telah menjalankan amalan undang-undang sekurang-kurangnya selama 20 tahun di mana-mana negara;
(b) seorang ahli yang merupakan orang yang telah menjalankan amalan undang-undang sekurang-kurangnya selama 10 tahun di mana-mana negara; dan
(c) seorang ahli yang merupakan orang dari mana-mana negara yang berugama Islam yang memegang atau telah memegang jawatan dalam perundangan Islam atau mahir dalam bidang perundangan dan hukum ugama Islam.
… (Sec. 86)
Customary Law
Brunei Darussalam
- English(1) There shall be established a Majlis Mesyuarat Adat Istiadat (to be known in English as the Adat Istiadat Council) which shall consist of a Chairman and other members, all of whom shall be appointed by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan and hold office during His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan’s pleasure.
(2) The Adat Istiadat Council shall be the authority responsible for advising His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan on matters relating to Adat Istiadat or State custom:
Provided that His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan is not bound to act in accordance with the advice of the Adat Istiadat Council.
... (Sec. 3A) - Malay(1) Hendaklah diadakan Majlis Mesyuarat Adat Istiadat yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan ahli-ahli lain, yang kesemuanya dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dan memegang jawatan selama tempoh selagi diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
(2) Majlis Mesyuarat Adat Istiadat adalah badan yang bertanggungjawab untuk menyembahkan nasihat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan Adat Istiadat Negara: Dengan syarat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan tidak terikat untuk bertindak menurut nasihat Majlis Mesyuarat Adat Istiadat.
... (Sec. 3A)