SEARCH DATABASE
The Global Gender Equality Constitutional Database is a repository of gender equality related provisions in 194 constitutions from around the world. The Database was updated in partnership with the International Bar Association's Human Rights Institute (IBAHRI) and with support from the Swedish International Development Agency (SIDA) and the Government of Japan. Experience its wealth and depth of information by starting your search now.
ABOUT 6 RESULTS
Head of State
Malaysia
- English1. (1) A Ruler is qualified to be elected Yang di-Pertuan Agong unless—
(a) he is a minor; or
(b) he has notified the Keeper of the Rulers’ Seal that he does not desire to be elected; or
(c) the Conference of Rulers by secret ballot resolves that he is unsuitable by reason of infirmity of mind or body or for any other cause to exercise the functions of Yang di-Pertuan Agong.
… (Third Schedule, Part I, [Articles 32 and 33]) - Malay1. (1) Seseorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika—
(a) Raja itu belum dewasa: atau
(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat dipilih; atau
(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.
… (Jadual Ketiga, Senarai I, [Perkara 32, 33])
Head of State
Malaysia
- English(1) There shall be a Supreme Head of the Federation, to be called the Yang di-Pertuan Agong, who shall take precedence over all persons in the Federation and shall not be liable to any proceedings whatsoever in any court except in the Special Court established under Part XV.7
(2) The Consort of the Yang di-Pertuan Agong (to be called the Raja Permaisuri Agong) shall take precedence next after the Yang di-Pertuan Agong over all other persons in the Federation.
(3) The Yang di-Pertuan Agong shall be elected by the Conference of Rulers for a term of five years, but may at any time resign his office by writing under his hand addressed to the Conference of Rulers or be removed from office by the Conference of Rulers, and shall cease to hold office on ceasing to be a Ruler.
… (Art. 32) - Malay(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
(2) Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.
(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis RajaRaja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.
… (Perkara 32)
Government
Malaysia
- English(1) The Yang di-Pertuan Agong shall appoint a Jemaah Menteri (Cabinet of Ministers) to advise him in the exercise of his functions.
(2) The Cabinet shall be appointed as follows, that is to say:
(a) the Yang di-Pertuan Agong shall first appoint as Perdana Menteri (Prime Minister) to preside over the Cabinet a member of the House of Representatives who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House; and
(b) he shall on the advice of the Prime Minister appoint other Menteri (Ministers) from among the members of either House of Parliament;
…
(7) Notwithstanding anything in this Article, a person who is a citizen by naturalization or by registration under Article 17 shall not be appointed Prime Minister.
… (Art. 43) - Malay(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;
…
(7) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara ini, seseorang yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.
... (Perkara 43)
Legislature
Malaysia
- EnglishEvery citizen resident in the Federation is qualified to be a member—
(a) of the Senate, if he is not less than thirty years old;
(b) of the House of Representatives, if he is not less than eighteen years old,
unless he is disqualified for being a member by this Constitution or by any law made in pursuance of Article 48. (Art. 47) - MalayTiap-tiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan layak menjadi ahli—
(a) Dewan Negara, jika dia berumur tidak kurang daripada tiga puluh tahun;
(b) Dewan Rakyat, jika dia berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun,
melainkan jika dia hilang kelayakan untuk menjadi ahli mengikut Perlembagaan ini atau mengikut mana-mana undang-undang yang dibuat menurut Perkara 48. (Perkara 47)
Legislature
Malaysia
- English(1) Subject to Clause (4), the Senate shall consist of elected and appointed members as follows:
(a) two members for each State shall be elected in accordance with the Seventh Schedule; and
(aa) two members for the Federal Territory of Kuala Lumpur, one member for the Federal Territory of Labuan and one member for the Federal Territory of Putrajaya shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong; and
(b) forty members shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong.
(2) The members to be appointed by the Yang di-Pertuan Agong shall be persons who in his opinion have rendered distinguished public service or have achieved distinction in the professions, commerce, industry, agriculture, cultural activities or social service or are representative of racial minorities or are capable of representing the interests of aborigines.
… (Art. 45) - Malay(1) Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah terdiri daripada ahli-ahli dipilih dan dilantik seperti yang berikut:
(a) dua orang ahli bagi setiap Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh; dan
(aa) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan
(b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
(2) Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah orang yang pada pendapatnya telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli.
… (Perkara 45)
Legislature
Malaysia
- EnglishThe legislative authority of the Federation shall be vested in a Parliament, which shall consist of the Yang di-Pertuan Agong and two Majlis (Houses of Parliament) to be known as the Dewan Negara (Senate) and the Dewan Rakyat (House of Representatives). (Art. 44)
- MalayKuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat. (Perkara 44)