SEARCH DATABASE
The Global Gender Equality Constitutional Database is a repository of gender equality related provisions in 194 constitutions from around the world. The Database was updated in partnership with the International Bar Association's Human Rights Institute (IBAHRI) and with support from the Swedish International Development Agency (SIDA) and the Government of Japan. Experience its wealth and depth of information by starting your search now.
ABOUT 65 RESULTS
Public Institutions and Services
Malaysia
- English1. Social welfare; social services subject to Lists I and II; protection of women, children and young persons.
… (Ninth Schedule, Legislative Lists, List III—Concurrent List) - Malay1. Kebajikan masyarakat; perkhidmatan masyarakat tertakluk kepada Senarai I dan II; perlindungan bagi perempuan, kanak-kanak dan orang muda.
… (Jadul Kesembilan, Senarai Perundangan, Senarai III—Senarai Bersama)
Public Institutions and Services
Malaysia
- English(1) The law applicable to any pension, gratuity or other like allowance (in this Article referred to as an “award”) granted to a member of any of the public services, or to his widow, children, dependant or personal representatives, shall be that in force on the relevant day or any later law not less favourable to the person to whom the award is made.
… (Art. 147) - Malay(1) Undang-undang yang terpakai bagi apa-apa pencen, ganjaran atau elaun lain yang sepertinya (dalam Perkara ini disebut “imbuhan”) yang diberikan kepada seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam, atau kepada balunya, anaknya, orang tanggungannya atau wakil dirinya, hendaklah undang-undang yang berkuat kuasa pada hari yang berkaitan atau apa-apa undang-undang kemudiannya yang tidak kurang baiknya kepada orang yang diberi imbuhan itu.
… (Perkara 147)
Status of the Constitution
Malaysia
- English(1) This Constitution is the supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void.
… (Art. 4) - Malay(1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.
… (Perkara 4)
Jurisdiction and Access
Malaysia
- EnglishThe Yang di-Pertuan Agong may refer to the Federal Court for its opinion any question as to the effect of any provision of this Constitution which has arisen or appears to him likely to arise, and the Federal Court shall pronounce in open court its opinion on any question so referred to it. (Art. 130)
- MalayYang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka. (Perkara 130)
Jurisdiction and Access
Malaysia
- English(1) The Federal Court shall, to the exclusion of any other court, have jurisdiction to determine in accordance with any rules of court regulating the exercise of such jurisdiction—
(a) any question whether a law made by Parliament or by the Legislature of a State is invalid on the ground that it makes provision with respect to a matter with respect to which Parliament or, as the case may be, the Legislature of the State has no power to make laws; and
(b) disputes on any other question between States or between the Federation and any State.
(2) Without prejudice to any appellate jurisdiction of the Federal Court, where in any proceedings before another court a question arises as to the effect of any provision of this Constitution, the Federal Court shall have jurisdiction (subject to any rules of court regulating the exercise of that jurisdiction) to determine the question and remit the case to the other court to be disposed of in accordance with the determination.
… (Art. 128) - Malay(1) Hanya Mahkamah Persekutuan sahaja, dan tidak mana-mana mahkamah lain, mempunyai bidang kuasa bagi memutuskan mengikut mana-mana kaedah mahkamah yang mengawal selia penjalanan bidang kuasa sedemikian—
(a) apa-apa soal sama ada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan sesuatu Negeri adalah tidak sah atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan mengenai sesuatu perkara yang mengenainya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang; dan
(b) pertikaian atas apa-apa soal lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri.
(2) Tanpa menjelaskan apa-apa bidang kuasa rayuan Mahkamah Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah mahkamah yang mengawal selia perjalanan bidang kuasa itu) untuk memutuskan soal itu dan menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu.
… (Perkara 128)
Political Rights and Association
Malaysia
- English(1) Every citizen who—
(a) has attained the age of eighteen years on the qualifying date;
(b) is resident in a constituency on such qualifying date or, if not so resident, is an absent voter; and
(c) is, under the provisions of any law relating to elections, registered in the electoral roll as an elector in the constituency in which he resides on the qualifying date,
is entitled to vote in that constituency in any election to the House of Representatives or the Legislative Assembly unless he is disqualified under Clause (3) or under any law relating to offences committed in connection with elections; but no person shall in the same election vote in more than one constituency. (Art. 119) - Malay(1) Tiap-tiap warganegara yang—
(a) telah mencapai umur lapan belas tahun pada tarikh kelayakan;
(b) bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan
(c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan,
berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya. (Perkara 119)
Political Rights and Association
Malaysia
- English…
(c) all citizens have the right to form associations.
… (Art. 10) - Malay…
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
… (Perkara 10)
Electoral Bodies
Malaysia
- English(1) There shall be an Election Commission, to be constituted in accordance with Article 114, which, subject to the provisions of federal law, shall conduct elections to the House of Representatives and the Legislative Assemblies of the States and prepare and revise electoral rolls for such elections.
… (Art. 113) - Malay(1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang hendaklah ditubuhkan mengikut Perkara 114, yang, tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan, hendaklah menjalankan pilihan raya ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri dan menyediakan dan menyemak daftar pemilih bagi pilihan raya itu.
… (Perkara 113)
Head of State
Malaysia
- English1. (1) A Ruler is qualified to be elected Yang di-Pertuan Agong unless—
(a) he is a minor; or
(b) he has notified the Keeper of the Rulers’ Seal that he does not desire to be elected; or
(c) the Conference of Rulers by secret ballot resolves that he is unsuitable by reason of infirmity of mind or body or for any other cause to exercise the functions of Yang di-Pertuan Agong.
… (Third Schedule, Part I, [Articles 32 and 33]) - Malay1. (1) Seseorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika—
(a) Raja itu belum dewasa: atau
(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat dipilih; atau
(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.
… (Jadual Ketiga, Senarai I, [Perkara 32, 33])
Head of State
Malaysia
- English(1) There shall be a Supreme Head of the Federation, to be called the Yang di-Pertuan Agong, who shall take precedence over all persons in the Federation and shall not be liable to any proceedings whatsoever in any court except in the Special Court established under Part XV.7
(2) The Consort of the Yang di-Pertuan Agong (to be called the Raja Permaisuri Agong) shall take precedence next after the Yang di-Pertuan Agong over all other persons in the Federation.
(3) The Yang di-Pertuan Agong shall be elected by the Conference of Rulers for a term of five years, but may at any time resign his office by writing under his hand addressed to the Conference of Rulers or be removed from office by the Conference of Rulers, and shall cease to hold office on ceasing to be a Ruler.
… (Art. 32) - Malay(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
(2) Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.
(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis RajaRaja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.
… (Perkara 32)