SEARCH DATABASE
The Global Gender Equality Constitutional Database is a repository of gender equality related provisions in 194 constitutions from around the world. The Database was updated in partnership with the International Bar Association's Human Rights Institute (IBAHRI) and with support from the Swedish International Development Agency (SIDA) and the Government of Japan. Experience its wealth and depth of information by starting your search now.
ABOUT 3 RESULTS
Citizenship and Nationality
Malaysia
- English1. Subject to the provisions of Part III5 of this Constitution, the following persons born on or after Malaysia Day are citizens by operation of law, that is to say:
(a) every person born within the Federation of whose parents one at least is at the time of the birth either a citizen or permanently resident in the Federation; and
(b) every person born outside the Federation whose father is at the time of the birth a citizen and either was born in the Federation or is at the time of the birth in the service of the Federation or of a State; and
(c) every person born outside the Federation whose father is at the time of the birth a citizen and whose birth is, within one year of its occurrence or within such longer period as the Federal Government may in any particular case allow, registered at a consulate of the Federation or, if it occurs in Brunei or in a territory prescribed for this purpose by order of the Yang di-Pertuan Agong, registered with the Federal Government; and
(d) every person born in Singapore of whose parents one at least is at the time of the birth a citizen and who is not born a citizen otherwise than by virtue of this paragraph; and
(e) every person born within the Federation who is not born a citizen of any country otherwise than by virtue of this paragraph.
… (Second Schedule, Part II, [Article 14(1)(b)]) - Malay1. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, orang yang berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
(b) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan sesuatu Negeri; dan
(c) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam mana-mana hal tertentu, kelahiran itu didaftarkan di suatu konsulat Persekutuan atau, jika kelahiran itu berlaku di Brunei atau di sesuatu wilayah yang ditetapkan bagi maksud ini melalui perintah Yang di-Pertuan Agong, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan; dan
(d) tiap-tiap orang yang lahir di Singapura dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan orang itu pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara selain menurut kuasa perenggan ini; dan
(e) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara selain menurut kuasa perenggan ini.
… (Jadual Kedua, Bahagian II, [Perkara 14(1)(b)])
Citizenship and Nationality
Malaysia
- English(1) Subject to Article 18, any married woman whose husband is a citizen is entitled, upon making application to the Federal Government, to be registered as a citizen if the marriage was subsisting and the husband a citizen at the beginning of October 1962, or if she satisfies the Federal Government—
(a) that she has resided in the Federation throughout the two years preceding the date of the application and intends to do so permanently; and
(b) that she is of good character.
(2) Subject to Article 18, the Federal Government may cause any person under the age of twenty-one years of whose parents one at least is (or was at death) a citizen to be registered as a citizen upon application made to the Federal Government by his parent or guardian.
(3) Subject to Article 18, a person under the age of twenty-one years who was born before the beginning of October 1962, and whose father is (or was at his death) a citizen and was also a citizen at the beginning of that month (if then alive), is entitled upon application made to the Federal Government by his parent or guardian, to be registered as a citizen if the Federal Government is satisfied that he is ordinarily resident in the Federation and is of good character.
(4) For the purposes of Clause (1) residence before Malaysia Day in the territories comprised in the States of Sabah and Sarawak shall be treated as residence in the Federation.
(5) The reference in Clause (1) to a married woman is a reference to a woman whose marriage has been registered in accordance with any written law in force in the Federation, including any such law in force before Merdeka Day, or with any written law in force before Malaysia Day in the territories comprised in the States of Sabah and Sarawak:
Provided that this Clause shall not apply where the woman applies to be registered as a citizen before the beginning of September 1965, or such later date as may be fixed by order of the Yang di-Pertuan Agong, and is at the date of the application ordinarily resident in the States of Sabah and Sarawak. (Art. 15) - Malay(1) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana perempuan bersuami yang suaminya seorang warganegara, maka perempuan itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika perkahwinan itu masih wujud dan suaminya itu seorang warganegara pada permulaan bulan Oktober 1962, atau jika dia memuaskan hati Kerajaan Persekutuan—
(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap; dan
(b) bahawa dia berkelakuan baik.
(2) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu atau bapa atau penjaga mana-mana orang yang di bawah umur dua puluh satu tahun, maka Kerajaan Persekutuan boleh menyebabkan orang itu didaftarkan sebagai warganegara jika sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapanya sekarang (atau pada masa kematiannya) seorang warganegara.
(3) Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh ibu atau bapa atau penjaga seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun, maka orang itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika dia dilahirkan sebelum permulaan bulan Oktober 1962 dan bapanya sekarang (atau pada masa kematiannya) seorang warganegara dan juga seorang warganegara pada permulaan bulan itu (jika hidup pada masa itu), dan jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin di Persekutuan dan berkelakuan baik.
(4) Bagi maksud Fasal (1), kemastautinan sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.
(5) Sebutan dalam Fasal (1) mengenai perempuan bersuami ialah sebutan mengenai perempuan yang perkahwinannya telah didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Persekutuan, termasuklah mana-mana undang-undang sedemikian yang berkuat kuasa sebelum Hari Merdeka, atau mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak:
Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai jika perempuan itu memohon supaya didaftarkan sebagai warganegara sebelum permulaan bulan September 1965, atau apa-apa tarikh kemudiannya sebagaimana yang ditetapkan melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, dan jika pada tarikh permohonan itu dia biasanya bermastautin di Negeri Sabah dan Sarawak. (Perkara 15)
Citizenship and Nationality
Malaysia
- English(1) Subject to the provisions of this Part, the following persons are citizens by operation of law, that is to say:
(a) every person born before Malaysia Day who is a citizen of the Federation by virtue of the provisions contained in Part I of the Second Schedule; 3and
(b) every person born on or after Malaysia Day, and having any of the qualifications specified in Part II of the Second Schedule. (Art. 14) - Malay(1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, orang yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa peruntukan yang terkandung dalam Bahagian I Jadual Kedua; dan
(b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kedua. (Perkara 14)